In the name of Allah the most Gracious and Greatful
Assalamualaikum,,,
ermm,,jawab kalau taknak berdosa:)
oke on this blog post aku akan kongsi 13 aurat wanita yang mungkin kita terlepas pandang..
berserta dalil2 yang kukuh...
hah!apalagi dipersilakan baca :)
1.
Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan
bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2.
Kaki memakai gelang berloceng - 'Dan janganlah mereka (perempuan)
menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan' - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut
hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng
sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .
3.
Wangian - 'Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian
melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu
telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya' -
Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4.
Dada -' Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka '- Petikan dari Surah
An-Nur Ayat 31.
5.
Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta
supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani,
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik,
yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.
6.
Muka dan leher - 'Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang
dahulu.'
Keterangan : Bersolek dan menurut Maqatil sengaja membiarkan
ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7.
Muka dan Tangan - Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:'Wahai Asma!
Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja' -
Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8.
Tangan - 'Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya' -
Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9.
Mata - 'Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian dari pemandangannya' - Petikan dari Sura h An
Nur Ayat 31.
Sabda
Nabi Muhamad SAW:' Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram' -
Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10.
Mulut (suara) - 'Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik'- Petikan
dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda
SAW:'Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi' - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn
Majah.
11.
Kemaluan -'Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan
mereka '- Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
'Apabila
seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan,
menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke
dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya' - Hadis
Riwayat Riwayat Al Bazzar.
'Tiada
seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah' -
Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12.
Pakaian - 'Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama
yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di
hari akhirat nanti '- Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An
Nasaii dan Ibn Majah
.Bermaksud
: 'Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu
dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab
(baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi
maha penyayang.'
Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59.
'Sesungguhnya
sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian
tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain
untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak
akan mencium baunya'-Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Keterangan : Wanita yang
berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka
bahagian-bahagian tertentu.
13.
Rambut - 'Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah
mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat
oleh lelaki yang bukan mahramnya' - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim.
*bersama kita betulkan apa yang betul Wallahualam.*