Wahai sahabat...
Jangan kau sangka labuhnya tudungku
tanda alimnya diriku
Aku juga sepertimu,masih mencari cari segenap cahaya
buat menerangi sepanjang perjalanan
Kerana tudungku ini,bukan sekadar menutupi
tetapi melindungi jua mengingatkan diri
Menjaga setiap gerak geri kerna akhlak itu bunga diri...
Wahai sahabat..
Tegurlah aku kala aku terleka dengan nikmat dunia
Sedarkan aku daripada terus bermimpi dengan permainan dunia
Ajarkanlah aku tentang erti mengenal cintaNYA
Bimbinglah aku tika langkah kaki ini mula menjauh dariNYA