hah!kalau tak jawab dosa kalau jawab korang awesome!:D
Hari ni aku nak share pasal kesalahan-kesalahan yang sering berlaku dalam menutup aurat kepala,,
So disini aku nak ambil kesempatan untuk memperbetulkan mentality kita semua yang tak faham lagi tentang kesalahan dalam menutup aurat kepala dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.Mostly kita tak tahu atau berkemungkinan terlupa yang sebenarnya islam itu bukanlah setakat pakai tudung sahaja or dalam bahasa halusnya ibarat melepas batuk ditangga *bermadah kejap macam tak masuk je*
- Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
- Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
- Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
- Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
- Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.
- Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
- Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
- Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
- Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
- Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
- Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
- Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.
- Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
- Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan.
No comments:
Post a Comment