In the name of Allah the most gracious and greatful,,,,
May Allah bless all of you,,,Aamiin
May this blog give insparation to those who're looking for insparation....
This blog is all about me!yeah!!!:D

Sunday 21 December 2014

To be better Muslimah: Aurat Wanita

In the name of Allah the most Gracious and Greatful
Assalamualaikum,,,
ermm,,jawab kalau taknak berdosa:)
oke on this blog post aku akan kongsi 13 aurat wanita yang mungkin kita terlepas pandang..
berserta dalil2 yang kukuh...
hah!apalagi dipersilakan baca :)


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu       kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - 'Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan' - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

3. Wangian - 'Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya' - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada -' Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka '- Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani,
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - 'Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.'
Keterangan : Bersolek dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja' - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - 'Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya' - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - 'Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya' - Petikan dari Sura h An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW:' Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram' - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - 'Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik'- Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW:'Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi' - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan -'Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka '- Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
'Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya' - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
'Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah' - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - 'Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti '- Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah
.Bermaksud : 'Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.'
Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59.


'Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya'-Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut - 'Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya' - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

*bersama kita betulkan apa yang betul Wallahualam.*

To be better Muslimah:Kesalahan dalam memakai tudung

Bismillahirrahmanirrahim,,dan assalamualaikum korang!!!
hah!kalau tak jawab dosa kalau jawab korang awesome!:D
Hari ni aku nak share pasal kesalahan-kesalahan yang sering berlaku dalam menutup aurat kepala,,
So disini aku nak ambil kesempatan untuk memperbetulkan mentality kita semua yang tak faham lagi tentang kesalahan dalam menutup aurat kepala dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.Mostly kita tak tahu atau berkemungkinan terlupa yang sebenarnya islam itu bukanlah setakat pakai tudung sahaja or dalam bahasa halusnya ibarat melepas batuk ditangga *bermadah kejap macam tak masuk je*

  • Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  • Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  • Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
  • Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  • Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.
  • Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  • Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  • Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  • Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
  • Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
  • Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  • Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.
  • Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
  • Bertudung tapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan.
So sekarang dah tahu mana kita silap?Jadi kat sini aku nak ambil peluang untuk seru semua supaya jomlah kita sama sama betulkan apa yang betul dan aku harap jugak la yang korang semua tak judged aku hok gitu je sebab apa kita semua adalah hambaNya yang tak sempurna dan tak akan sempurna.Bukanlah nak tunjuk aku ni perfect tidak sama sekali tapi tak salahkan bila kita dah tahu mana kita silap then kita ajak orang semua untuk jangan buat dan ulang kesalahan atau kesilapan yang pernah kita lakukan.Segala yang baik itu datangnya dari Allah yang hanya dipinjamkan kepada aku untuk seketika dan segala yang silap dan salah datangnya dari diriku sang hamba yang inginkan redha Sang PenciptaNya!Wallahualam.